Sesiapa yang melakukan haji untuk kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang keduanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من حج عن والديه، أو قضى ‌عنهما ‌مغرما بعثه الله يوم القيامة مع الأبرار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan haji untuk kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang keduanya, Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat bersama orang-orang al-Abrar (orang baik).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 732, hadis nombor 3739. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من حج عن والديه، أو قضى ‌عنهما ‌مغرما بعثه الله يوم القيامة مع الأبرار)). [ابن شاهين، طس، قط، عد، ابو بكر الأزدي في ((حديثه))، الأصبهاني في ((الترغيب والترهيب))، ((الضعيفة)) (1345)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan haji untuk kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang keduanya, Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat bersama orang-orang al-Abrar (orang baik).
[Riwayat Ibn Syahin, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Daraqutni dalam Sunannya, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Duafa’, Abu Bakr al-Azdi dalam Hadisnya dan al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1345]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.