Sesiapa yang melakukan haji untuk ayah dan ibunya, maka dia telah melaksanakan hajinya

TEKS BAHASA ARAB

من حج عن أبيه وأمه، فقد قضى عنه حجته، وكان له فضل عشر حجج.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan haji untuk ayah dan ibunya, maka dia telah melaksanakan hajinya, dan baginya pula pahala seperti melaksanakan 10 kali haji.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 745, hadis nombor 3816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما – مرفوعا: «من حج عن أبيه وأمه، فقد قضى عنه حجته، وكان له فضل عشر حجج».
[قط، «الضعيفة» (4584)].

(Batil)
Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan haji untuk ayah dan ibunya, maka dia telah melaksanakan hajinya, dan baginya pula pahala seperti melaksanakan 10 kali haji.
[Riwayat Sunan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4584].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs