Sesiapa yang melakukan haji serta tidak melakukan rafath (perkara keji) mahupun kefasikan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من حج فلم يرفث ولم يفسق؛ غفر له ما تقدم من ذنبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan haji serta tidak melakukan rafath (perkara keji) mahupun kefasikan, maka akan diampunkan apa dosanya yang telah lalu.

STATUS

Syaz dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 745, hadis nombor 3817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بهذا اللفظ) عن أبي هريرة -رضي الله عنه – مرفوعا: «من حج فلم يرفث ولم يفسق؛ غفر له ما تقدم من ذنبه».
[ت، «الضعيفة» (4586)].

(Syaz dengan lafaz ini)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan haji serta tidak melakukan rafath (perkara keji) mahupun kefasikan, maka akan diampunkan apa dosanya yang telah lalu.
[Riwayat Sunan al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4586].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.