Shaz Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حجَّ فلم يرفثْ ولم يفسُقْ؛ غُفر له ما تقدَّم من ذنبهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melakukan haji serta tidak melakukan rafath (perkara keji) mahupun kefasikan, maka akan diampunkan apa dosanya yang telah lalu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Shaz Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 745, hadis no. 3817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ بهذا اللفظ) عن أبي هريرة -رضي الله عنه - مرفوعا: «من حج فلم يرفث ولم يفسق؛ غفر له ما تقدم من ذنبه». [ت، «الضعيفة» (4586)].
(Shaz Dengan Lafaz Ini) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan haji serta tidak melakukan rafath (perkara keji) mahupun kefasikan, maka akan diampunkan apa dosanya yang telah lalu. [Riwayat Sunan al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4586].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman