Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang melakukan haji, lalu menziarahi kuburku selepas kematianku

Teks Bahasa Arab

من حجَّ فزارَ قبري بعدَ موتي، كانَ كمَن زارَني في حياتي.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang melakukan haji, lalu menziarahi kuburku selepas kematianku, maka dia seolah-olah menziarahiku ketika aku masih hidup.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 727 - 728, hadis no. 3711. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من حج ‌فزار ‌قبري بعد موتي كان كمن زارني في حياتي)). [طب، طس، عد، قط، هق، السلفي في ((المشيخة البغددية))، ((الضعيفة)) (47)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan haji, lalu menziarahi kuburku selepas kematianku, maka dia seolah-olah menziarahiku ketika aku masih hidup. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra dan al-Silafi dalam al-Masyikhah al-Baghdadiyyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 47]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.