Sesiapa yang melakukan haji ke Baitullah ataupun umrah, maka jadikanlah perkara terakhir yang dilakukannya adalah bertawaf

TEKS BAHASA ARAB

من حج هذا البيت أو اعتمر؛ فليكن آخر عهده بالبيت [الطواف].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan haji ke Baitullah ataupun umrah, maka jadikanlah perkara terakhir yang dilakukannya adalah bertawaf.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 746, hadis nombor 3818. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعیف) عن الحارث بن عبدالله بن أوس -رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله ﷺ یقول: «من حج هذا البيت أو اعتمر؛ فليكن آخر عهده بالبيت [الطواف]، فقال له عمر: خررت من يديك! سمعت هذا من رسول الله ﷺ ولم تخبرنا به».
[ت، حم، «الضعيفة» (4585)].

(Lemah) Daripada al-Harith bin Abdullah bin Aus RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan haji ke Baitullah ataupun umrah, maka jadikanlah perkara terakhir yang dilakukannya adalah bertawaf, lalu Umar berkata kepadanya: Malulah engkau! Engkau mendengar ini dari Rasulullah SAW namun engkau tidak memberitahunya kepada kami.
[Riwayat Sunan Tirmizi, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4585].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs