Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حجَّ هذا البيتَ أو اعتمرَ؛ فلْيكنْ آخرُ عهدهِ بالبيتِ [الطوافَ].
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melakukan haji ke Baitullah ataupun umrah, maka jadikanlah perkara terakhir yang dilakukannya adalah bertawaf.
Sahabat Perawi
- al-Harith bin Abdullah bin Aus RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 746, hadis no. 3818. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعیف) عن الحارث بن عبدالله بن أوس -رضي الله عنه-، قال: سمعت رسول الله ﷺ یقول: «من حج هذا البيت أو اعتمر؛ فليكن آخر عهده بالبيت [الطواف]، فقال له عمر: خررت من يديك! سمعت هذا من رسول الله ﷺ ولم تخبرنا به». [ت، حم، «الضعيفة» (4585)].
(Daif) Daripada al-Harith bin Abdullah bin Aus RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan haji ke Baitullah ataupun umrah, maka jadikanlah perkara terakhir yang dilakukannya adalah bertawaf, lalu Umar berkata kepadanya: Malulah engkau! Engkau mendengar ini dari Rasulullah SAW namun engkau tidak memberitahunya kepada kami. [Riwayat Sunan Tirmizi, Musnad Ahmad bin Hanbal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4585].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman