Sesiapa yang melakukan haji dengan harta yang haram dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanmu

TEKS BAHASA ARAB

من حج بمال حرام فقال: لبيك اللهم لبيك، قال الله – عز وجل – له: لا لبيك ولا سعديك، ‌وحجك ‌مردود عليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan haji dengan harta yang haram dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanMu. Allah akan berkata kepadanya: Tiada yang menyahut panggilanmu, dan tiada ketaatan kepadamu, dan haji kamu juga tertolak atas diri kamu sendiri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 732, hadis nombor 3737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من حج بمال حرام فقال: لبيك اللهم لبيك، قال الله عز وجل له: لا لبيك ولا سعديك، ‌وحجك ‌مردود عليك)). [ابن مردويه في ((ثلاثة مجالس من الأمالي))، الأصبهاني في ((الترغيب والترهيب))، ابن الجوزي في ((منهج القاصدين))، ((الضعيفة)) (1091)]

(Lemah)
Daripada Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan haji dengan harta yang haram dan berkata: Ya Allah aku menyahut panggilanMu. Allah akan berkata kepadanya: Tiada yang menyahut panggilanmu, dan tiada ketaatan kepadamu, dan haji kamu juga tertolak atas diri kamu sendiri.
[Riwayat bn Mardawaih dalam Thalathah Majalis min al-Amali, al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib dan Ibn al-Jauzi dalam Minhaj al-Qasidin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1091]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs