Sesiapa yang melakukan haji dari Mekah secara berjalan sehingga dia kembali semula ke Mekah

TEKS BAHASA ARAB

من حج من مكة ماشيا حتى يرجع إلى مكة كتب الله له بكل خطوة سبعمائة حسنة، كل حسنة مثل حسنات الحرم، قيل: ‌وما ‌حسنات الحرم؟ قال: لكل حسنة مائة ألف حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan haji dari Mekah secara berjalan sehingga dia kembali semula ke Mekah, Allah akan menuliskan baginya bagi setiap langkah 700 kebaikan, setiap kebaikan seperti kebaikan al-Haram. Dikatakan: Apakah kebaikan al-Haram? Baginda bersabda: Bagi setiap kebaikan digandakan sebanyak 100,000 kebaikan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 728, hadis nombor 3712. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من حج من مكة ماشيا حتى يرجع إلى مكة كتب الله له بكل خطوة سبعمائة حسنة، كل حسنة مثل حسنات الحرم، قيل: ‌وما ‌حسنات الحرم؟ قال: لكل حسنة مائة ألف حسنة)). [طب، طس، ك، الدولابي في ((الكنى والأسماء))، هق، ((الضعيفة)) (495)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan haji dari Mekah secara berjalan sehingga dia kembali semula ke Mekah, Allah akan menuliskan baginya bagi setiap langkah 700 kebaikan, setiap kebaikan seperti kebaikan al-Haram. Dikatakan: Apakah kebaikan al-Haram? Baginda bersabda: Bagi setiap kebaikan digandakan sebanyak 100,000 kebaikan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asma’ dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 495]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs