Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حج مكةَ ماشيًا حتى يرجعَ إلى مكةَ كتب اللهُ له بكلِّ خُطوةٍ سَبْعَمِائَةِ حسنةٍ كلُّ حسنةٍ مِثْلُ حسناتِ الحَرَمِ، قيل: وما حسناتُ الحَرَمِ؟ قال: لكلِّ حسنةٍ مِائَةُ ألفِ حسنة.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melakukan haji dari Mekah secara berjalan sehingga dia kembali semula ke Mekah, Allah akan menuliskan baginya bagi setiap langkah 700 kebaikan, setiap kebaikan seperti kebaikan al-Haram. Dikatakan: Apakah kebaikan al-Haram? Baginda bersabda: Bagi setiap kebaikan digandakan sebanyak 100,000 kebaikan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 728, hadis no. 3712. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من حج من مكة ماشيا حتى يرجع إلى مكة كتب الله له بكل خطوة سبعمائة حسنة، كل حسنة مثل حسنات الحرم، قيل: وما حسنات الحرم؟ قال: لكل حسنة مائة ألف حسنة)). [طب، طس، ك، الدولابي في ((الكنى والأسماء))، هق، ((الضعيفة)) (495)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan haji dari Mekah secara berjalan sehingga dia kembali semula ke Mekah, Allah akan menuliskan baginya bagi setiap langkah 700 kebaikan, setiap kebaikan seperti kebaikan al-Haram. Dikatakan: Apakah kebaikan al-Haram? Baginda bersabda: Bagi setiap kebaikan digandakan sebanyak 100,000 kebaikan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asma’ dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 495]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman