Sesiapa yang melakukan haji bagi orang yang telah meninggal dunia

TEKS BAHASA ARAB

من ‌حج ‌عن ‌ميت فللذي حج عنه مثل أجره، ومن فطر صائما فله مثل أجره، ومن دل على خير فله مثل أجر فاعله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan haji bagi orang yang telah meninggal dunia, bagi yang melakukan haji itu adalah sama seperti pahalanya (orang yang dilakukan haji untuknya), sesiapa yang menyediakan juadah berbuka puasa maka dia akan mendapat pahala seperti pahalanya (orang berpuasa), sesiapa yang menunjukkan kepada sesuatu kebaikan maka pahalanya sama seperti orang yang melakukannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 732, hadis nombor 3738. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة مرفوعا: ((من ‌حج ‌عن ‌ميت فللذي حج عنه مثل أجره، ومن فطر صائما فله مثل أجره، ومن دل على خير فله مثل أجر فاعله)). [خط، ((الضعيفة)) (1184)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan haji bagi orang yang telah meninggal dunia, bagi yang melakukan haji itu adalah sama seperti pahalanya (orang yang dilakukan haji untuknya), sesiapa yang menyediakan juadah berbuka puasa maka dia akan mendapat pahala seperti pahalanya (orang berpuasa), sesiapa yang menunjukkan kepada sesuatu kebaikan maka pahalanya sama seperti orang yang melakukannya.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1184]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs