Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن حَجَّ عن مَيِّتٍ فلِلَّذي حَجَّ عنه مِثْلُ أَجْرِهِ، ومن فَطَّرَ صائمًا فله مِثْلُ أجرِهِ، ومن دَلَّ على خيرٍ فله مِثْلُ أَجْرِ فاعِلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melakukan haji bagi orang yang telah meninggal dunia, bagi yang melakukan haji itu adalah sama seperti pahalanya (orang yang dilakukan haji untuknya), sesiapa yang menyediakan juadah berbuka puasa maka dia akan mendapat pahala seperti pahalanya (orang berpuasa), sesiapa yang menunjukkan kepada sesuatu kebaikan maka pahalanya sama seperti orang yang melakukannya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 732, hadis no. 3738. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة مرفوعا: ((من حج عن ميت فللذي حج عنه مثل أجره، ومن فطر صائما فله مثل أجره، ومن دل على خير فله مثل أجر فاعله)). [خط، ((الضعيفة)) (1184)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan haji bagi orang yang telah meninggal dunia, bagi yang melakukan haji itu adalah sama seperti pahalanya (orang yang dilakukan haji untuknya), sesiapa yang menyediakan juadah berbuka puasa maka dia akan mendapat pahala seperti pahalanya (orang berpuasa), sesiapa yang menunjukkan kepada sesuatu kebaikan maka pahalanya sama seperti orang yang melakukannya. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1184]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman