Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ حَجَّ واعتمر، وصلَّى بِبَيْتِ المَقْدِسِ، ثُمَّ جَاهَدَ؛ فَقَدِ اسْتَكَمْلَ جميعَ سُنتِي.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melakukan haji ataupun umrah, bersolat di Bait al-Maqdis, kemudian berjihad, maka dia telah melaksanakan semua sunnahku.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 756, hadis no. 3867. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan haji ataupun umrah, bersolat di Bait al-Maqdis, kemudian berjihad, maka dia telah melaksanakan semua sunnahku. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5761]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman