TEKS BAHASA ARAB
من أهل بحجة أو عمرة من المسجد الأقصى إلى المسجد الحرام غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، أو وجبت له الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang melakukan haji atau umrah dari Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram, akan diampunkan dosanya yang akan datang mahupun yang telah lalu, atau akan diwajibkan baginya syurga.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 727, hadis nombor 3706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سلمة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من أهل بحجة أو عمرة من المسجد الأقصى إلى المسجد الحرام غفر له ما تقدم من ذنبه وما تأخر، أو وجبت له الجنة)) [د، ه، قط، هق، حم، ((الضعيفة)) (211)]
(Lemah)
Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan haji atau umrah dari Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram, akan diampunkan dosanya yang akan datang mahupun yang telah lalu, atau akan diwajibkan baginya syurga.
[Riwayat Abu Dawud dalam Sunanmya, Ibn Majah dalam Sunannya, al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dan Ahmad bin Hanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 211]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.