Sesiapa yang melakukan dosa, lalu dia mengetahui bahawa baginya Allah

TEKS BAHASA ARAB

من أذنب ذنبا، فعلم أن له ربا، إن شاء أن يغفره له، غفره له، وإن شاء، عذبه، كان حقا على الله أن يغفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melakukan dosa, lalu dia mengetahui bahawa baginya Allah. Jika Allah ingin mengampuninya, maka Dia akan mengampuninya dan jika Dia ingin (menghukum), maka Dia boleh menghukumnya maka menjadi kemestian Allah untuk mengampuninya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1972, hadis nombor 9857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعا: «من أذنب ذنبا، فعلم أن له ربا، إن شاء أن يغفره له، غفره له، وإن شاء، عذبه، كان حقا على الله أن يغفر له».
[أبو الشيخ في «أحاديثه»، الطبراني في «حديثه عن النسائي»، ابن حبان في «الثقات»، ك، حل، ومشرق بن عبدالله الفقيه في «حديثه»، «الضعيفة» (324)].

(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan dosa, lalu dia mengetahui bahawa baginya Allah. Jika Allah ingin mengampuninya, maka Dia akan mengampuninya dan jika Dia ingin (menghukum), maka Dia boleh menghukumnya maka menjadi kemestian Allah untuk mengampuninya.
[Riwayat Abu Sheikh dalam Ahadithahu, al-Tabarani dalam Hadis daripada al-Nasa’i, Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Nu‘aim dalam al-Hilyah dan Mashriq bin Abdullah al-Faqih dalam hadisnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 324].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs