Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن أذنبَ ذنبًا، فعلِمَ أنَّ اللَّهَ قدِ اطَّلعَ علَيهِ، غُفِرَ لهُ، وإن لَم يستغفِرْ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melakukan dosa, lalu dia mengetahui bahawa Allah melihatnya. Maka akan diampunkan dosanya walaupun dia tidak beristighfar.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas‘ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1972, hadis no. 9856. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: «من أذنب ذنبا، فعلم أن الله قد اطلع عليه، غفر له، وإن لم يستغفر». [طس، «الضعيفة» (325)].
(Palsu) Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang melakukan dosa, lalu dia mengetahui bahawa Allah melihatnya. Maka akan diampunkan dosanya walaupun dia tidak beristighfar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 325].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman