Sesiapa yang melaksanakan solat sebanyak 20 rakaat di antara (waktu) Isya’ yang terakhir dan waktu Maghrib

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صلى عشرين ركعة بين العشاء الآخرة والمغرب، يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب و قل هو الله أحد؛ حفظه الله في نفسه، وولده، وأهله، وماله، ودنياه وآخرته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melaksanakan solat sebanyak 20 rakaat di antara (waktu) Isya’ yang terakhir dan waktu Maghrib, dan dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas; maka Allah akan memelihara (dengan kebaikan) buat dirinya, anak-anaknya, keluarganya, hartanya, dunianya serta akhiratnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 278, hadis nombor 1447. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من صلى عشرين ركعة بين العشاء الآخرة والمغرب، يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب و (قل هو الله أحد)؛ حفظه الله في نفسه، وولده، وأهله، وماله، ودنياه وآخرته)).
[الرافعي، ((الضعيفة)) (3306)]

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat sebanyak 20 rakaat di antara (waktu) Isya’ yang terakhir dan waktu Maghrib, dan dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas; maka Allah akan memelihara (dengan kebaikan) buat dirinya, anak-anaknya, keluarganya, hartanya, dunianya serta akhiratnya.
[Riwayat al-Rafi’e. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3306]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.