Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن صلَّى عِشرين ركعةً بينَ العِشاءِ الآخرَةِ والمغرِبِ، يقرَأُ في كُلِّ ركعةٍ فاتحةَ الكتابِ و قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ؛ حَفِظهُ اللهُ في نفسِهِ، وولدِهِ، وأهلِهِ، ومالِهِ، ودنياه وآخرتِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melaksanakan solat sebanyak 20 rakaat di antara (waktu) Isya’ yang terakhir dan waktu Maghrib, dan dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas; maka Allah akan memelihara (dengan kebaikan) buat dirinya, anak-anaknya, keluarganya, hartanya, dunianya serta akhiratnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 278, hadis no. 1447. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من صلى عشرين ركعة بين العشاء الآخرة والمغرب، يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب و (قل هو الله أحد)؛ حفظه الله في نفسه، وولده، وأهله، وماله، ودنياه وآخرته)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3306)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat sebanyak 20 rakaat di antara (waktu) Isya’ yang terakhir dan waktu Maghrib, dan dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas; maka Allah akan memelihara (dengan kebaikan) buat dirinya, anak-anaknya, keluarganya, hartanya, dunianya serta akhiratnya. [Riwayat al-Rafi’e. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3306]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman