Sesiapa yang melaksanakan solat lima waktu, maka dia tidak termasuk dalam kalangan mereka yang lalai

TEKS BAHASA ARAB

من صلى الخمس فليس من الغافلين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melaksanakan solat lima waktu, maka dia tidak termasuk dalam kalangan mereka yang lalai.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 277, hadis nombor 1444. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من صلى الخمس فليس من الغافلين)).
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (3327)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat lima waktu, maka dia tidak termasuk dalam kalangan mereka yang lalai.
[Riwayat Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3327]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs