Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صَلَّى صلاةَ فريضةٍ فله دعوةٌ مُسْتَجابةٌ، ومن ختم القرآنَ فله دعوةٌ مُسْتَجابةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang melaksanakan solat fardhu, maka baginya doa yang mustajab. Dan sesiapa mengkhatamkan al-Quran, maka baginya doa yang mustajab.
Sahabat Perawi
- Al-’Irbadh bin Sariyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 278, hadis no. 1446. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن العرباض بن سارية -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((من صلى صلاة فريضة فله دعوة مستجابة، ومن ختم القرآن فله دعوة مستجابة)). [طب، ((الضعيفة)) (3014)]
(Daif) Daripada Al-’Irbadh bin Sariyah ―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat fardhu, maka baginya doa yang mustajab. Dan sesiapa mengkhatamkan al-Quran, maka baginya doa yang mustajab. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3014]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman