Sesiapa yang melaksanakan haji dan umrah, solat di Baitul Maqdis, kemudian berjihad, maka dia telah menyempurnakan keseluruhan sunnahku

TEKS BAHASA ARAB

من حج واعتمر، وصلى ببيت المقدس، ثم جاهد؛ فقد استكمل جميع سنتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang melaksanakan haji dan umrah, solat di Baitul Maqdis, kemudian berjihad, maka dia telah menyempurnakan keseluruhan sunnahku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 328, hadis nombor 1724. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي أمامة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((من حج واعتمر، وصلى ببيت المقدس، ثم جاهد؛ فقد استكمل جميع سنتي)). [ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5761)].

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang melaksanakan haji dan umrah, solat di Baitul Maqdis, kemudian berjihad, maka dia telah menyempurnakan keseluruhan sunnahku.” [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5761].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.