TEKS BAHASA ARAB
حديث: من مات في أحد الحرمين استوجب شفاعتي وجاء يوم القيامة من الآمنين
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang mati pada salah satu tanah haram mewajibkan baginya syafaatku dan dia datang pada hari kiamat daripada kalangan orang yang selamat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 114-115, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن شاهين عن سلمان الفارسي مرفوعا.
وفي إسناده: عبد الغفور بن سعيد الواسطي وضاع.
وروى من حديث جابر بإسناد فيه موسى بن عبد الرحمن وضاع.
قال في اللآلىء: أفرط ابن الجوزي في إيراد هذين الحديثين في الموضوعات.
وقد أخرجهما البيهقي في الشعب واقتصر على تضعيف إسنادهما وإسناد حديث جابر رضي الله عنه أحسن من إسناد حديث سلمان والذي أستخير الله فيه: الحكم بحسن متن الحديث لكثرة شواهده.
وقد ورد من حديث [عمر بن الخطاب أخرجه الطيالسي في مسنده والبيهقي. ومن حديث (1) ] ابن عمر وأنس أخرجهما الجندي في فضائل مكة ومن حديث حاطب أخرجه البيهقي ومن حديث محمد بن قيس بن مخرمة.
أخرجه الجندي انتهى. وأقول: ابن الجوزي حكم بالوضع، لكون في الإسنادين وضاعين , فلا يضره ورود الحديث من طرق أخرى، ولا سيما إذا كان من طريقهما أو أحدهما. فمن كذب على النبي صلى الله عليه وآله وسلم من طريق صحابي لا يعجزه أن يكذب عليه من طريق غيره. وأنا أستخير الله وأحكم بعدم صحة هذا المتن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، وبعدم حسنه، حتى يأتي البرهان بإسناد تقوم به الحجة، وأحاديث الوضاعين وإن بلغت في الكثرة كل مبلغ لا يشهد ببعضها لبعض، ولا تستحق إطلاق اسم الحسن عليها.
وقد اعترف صاحب اللآلىء بأن جميع طرق هذا المتن لا تخلو عن وضاع أو متروك، كما صرح به في وجيزه بعد سياقها
Ibn Syahin meriwayatkan daripada Salman al-Farisi secara marfu'(disandarkan kepada Nabi).
Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdul al-Ghafur bin Said al-Wasiti, dia seorang pereka hadith palsu.
Ibn Syahin meriwayatkan daripada hadith Jabir dengan sanad padanya terdapat perawi bernama Musa bin Abdil Rahman, dia seorang pereka hadith palsu.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali: Ibn Jauzi telah bersikap melampau apabila memasukkan kedua hadith ini dalam kitab al-Maudhu’at.
Al-Baihaqi meriwayatkan kedua hadith ini di dalam kitabnya al-Syuab, dan berpada dengan kedaifan kedua sanadnya. Sanad hadith Jabir RA lebih baik daripada sanad hadith salman. Yang aku beristikarah kepada Allah tentangnya ialah hasan matan hadithnya disebabkan banyaknya riwayat sokongan.
Hadith Umar bin al-Khattab diriwayatkan oleh al-Thayalisi di dalam Musnadnya dan Al-Baihaqi. al-Janadi di dalam kitab Fadail Mekah meriwayatkan daripada hadith Ibn Umar dan Anas. Al-Baihaqi meriwayatkan daripada hadith Hatib al-Janadi meriwayatkan dari hadith Muhammad bin Qais bin Makhramah.
Saya menyatakan: Ibn Jauzi menilai hadith ini palsu kerana pada kedua sanadnya terdapat dua orang perawi yang mencipta hadith palsu dan tidak memberi kesan ke atas hadith tersebut walaupun datang melalui jalan lain terutamanya jika melalui jalan dua pereka hadith tersebut atau salah seorang daripadanya.
Sesiapa yang berdusta kepada Nabi SAW melalui jalan sahabat, tidak menghalangnya untuk berdusta melalui jalan periwayatan yang lain pula. Aku beristikharah kepada Allah dengan menilai matan hadith ini tidak sahih daripada Rasulullah SAW dan tidak juga dinilai sebagai hasan sehingga datang bukti dengan sanad yang boleh dijadikan hujah Hadith-hadith yang dicipta ini walaupun sampai banyak mana sekalipun jumlahnya tidak akan menjadi sokongan sebahagian kepada yang lain dan tidak boleh secara mutlak dinilaikan sebagai hasan.
Al-Suyuthi di dalam kitabnya al-La’ali mengakui semua jalan periwayatan matan hadith ini tidak terlepas daripada perawi yang mencipta hadith palsu dan perawi terlalu dhaif. Seperti mana dia telah menjelaskan selepas menyemak dan meneliti riwayatnya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.