Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من ماتَ في أَحَدِ الحَرميْنِ، استوجبَ شفاعتي، وجاءَ يومَ القيامةِ من الآمنينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mati pada salah satu tanah haram, maka dia pasti mendapat syafaatku dan kelak dia datang pada hari kiamat dalam kalangan orang yang selamat.
Sahabat Perawi
- Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1964, hadis no. 9821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سلمان رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم: من مات في أحد الحرمين، استوجب شفاعتي، وجاء يوم القيامة من الآمنين. [طب، هب، ابن الجوزي، (الضعيفة) (6830)]
(Palsu) Daripada Salman RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mati pada salah satu tanah haram, maka dia pasti mendapat syafaatku dan kelak dia datang pada hari kiamat dalam kalangan orang yang selamat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6830]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman