Sesiapa yang mati dalam perjalanan ke Mekah, Allah Azza Wa Jalla tidak akan mempamerkan (amalannya)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من مات في طريق مكة، لم يعرضه الله – عز وجل – يوم القيامة ولم يحاسبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mati dalam perjalanan ke Mekah, Allah Azza Wa Jalla tidak akan mempamerkan (amalannya) dan tidak menghisabnya pada hari kiamat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis nombor 3777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من مات في طريق مكة، لم يعرضه الله – عز وجل – يوم القيامة ولم يحاسبه)). [الحارث، عد، ابن الجوزي، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (2804)]

(Palsu)
Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mati dalam perjalanan ke Mekah, Allah Azza Wa Jalla tidak akan mempamerkan (amalannya) dan tidak menghisabnya pada hari kiamat.
[Riwayat al-Haris, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn al-Jauzi dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2804]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.