Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ ماتَ في طريقِ مَكَّةَ، لم يعرِضْهُ اللهُ - عزَّ وجلَّ - يومَ القيامةِ ولم يحاسِبْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mati dalam perjalanan ke Mekah, Allah Azza Wa Jalla tidak akan mempamerkan (amalannya) dan tidak menghisabnya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis no. 3777. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من مات في طريق مكة، لم يعرضه الله - عز وجل - يوم القيامة ولم يحاسبه)). [الحارث، عد، ابن الجوزي، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (2804)]
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mati dalam perjalanan ke Mekah, Allah Azza Wa Jalla tidak akan mempamerkan (amalannya) dan tidak menghisabnya pada hari kiamat. [Riwayat al-Haris, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn al-Jauzi dan al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2804]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman