Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak sempat menulis wasiat

TEKS BAHASA ARAB

من مات على ‌غير ‌وصية؛ لم يؤذن له في الكلام إلى يوم القيامة، قالوا: يا رسول الله! أو يتكلمون قبل يوم القيامة؟! قال: نعم؛ ويزور بعضهم بعضا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak sempat menulis wasiat, dia tidak akan dibenarkan bercakap pada hari kiamat. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Adakah mereka akan bercakap sebelum hari kiamat?! Baginda menjawab: Ya, dan mereka akan ziarah menziarahi sesama mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 798, hadis nombor 4112. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من مات على ‌غير ‌وصية؛ لم يؤذن له في الكلام إلى يوم القيامة))، قالوا: يا رسول الله! أو يتكلمون قبل يوم القيامة؟! قال: ((نعم؛ ويزور بعضهم بعضا)). [أبو عمر بن منده في ((أحاديثه))، ((الضعيفة)) (4658)]

(Lemah) Daripada Jābir RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak sempat menulis wasiat, dia tidak akan dibenarkan bercakap pada hari kiamat. Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Adakah mereka akan bercakap sebelum hari kiamat?! Baginda menjawab: Ya, dan mereka akan ziarah menziarahi sesama mereka. [Riwayat Abū ‘Umar bin Mandah dalam hadis-hadisnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4658]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs