Tiada Asal Baginya Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن ماتَ ولم يعرِفْ إمامَ زمانِهِ، ماتَ ميتةً جاهليَّةً.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak mengenali pemimpin zamannya, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada Asal Baginya Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 831, hadis no. 4264. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بهذا اللفظ): ((من مات ولم يعرف إمام زمانه، مات ميتة جاهلية)). [((الضعيفة)) (2069)]
(Tiada asal baginya dengan lafaz ini): Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak mengenali pemimpin zamannya, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah. [Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2069]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman