Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ مَاتَ مَرِيضًا مَاتَ شَهِيدًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mati dalam keadaan sakit, maka dia mati syahid.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 94, hadis no. 453. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو من حديث أبي هريرة، وسنده صحيح، لكن قيل: هو تصحيف من (مرابطاً).
Ia berasal daripada hadith Abu Hurairah dan sanadnya sahih, namun dikatakan bahawa lafaz "sakit" adalah tersilap, asalnya daripada lafaz "berjaga di perbatasan".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman