Sesiapa yang mati dalam keadaan mewarnakan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من مات مخضوبا لم يدخل القبر إلا ومنكر ونكير لا يسألانه.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mati dalam keadaan mewarnakan (rambut), dia tidak akan masuk kubur melainkan malaikat munkar dan nakir tidak akan menyoalnya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 195, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


وهو موضوع.
وفي لفظ: الحناء سنة الله وسنة رسوله يسبح الحناء على الرجل والمرأة والصبي وركعتان بالحناء تعدل أربعا وعشرين _ إلخ.
وفيه كذابان.
وفي لفظ: شوبوا شيبكم بالحناء فإنه أنضر لوجوهكم وأبقى لقوتكم _ إلخ.
وفي لفظ: عليكم بالحناء _ إلخ.
وفي لفظ: إن المختضب بالحناء لتصلي عليه ملائكة السماء _ إلخ.
ولا يصح شيء من ذلك.
وفي لفظ: سيد ريحان الجنة الحناء.
وفي إسناده: من لا يحتج به وقد رواه الطبراني في الأوسط وأبو نعيم في الطب والبيهقي في الشعب. وفي لفظ: نفقة الدرهم في سبيل الله بسبعمائة ونفقة الدرهم في خضاب: بسبعة آلاف وهو موضوع.
وفي لفظ: اختضبوا فإن الله وملائكته ورسله حتى الحيتان في بحارها والطيور في أوكارها يصلون على صاحب الخضاب وهو موضوع.

Hadith ini palsu.
Dalam satu lafaz: Inai itu sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya. Inai akan bertasbih kepada lelaki, perempuan dan kanak-kanak kecil. Dan solat dua rakaat dengan berinai menyamai 24…hingga akhir hadith.
Dan pada sanadnya terdapat dua orang perawi pembohong.
Dalam satu lafaz: [Warnakanlah] uban kamu dengan inai, kerana ia lebih menyerikan untuk wajah-wajah kamu dan lebih kekal lama untuk kekuatan kamu…hingga akhir hadith.
Dalam satu lafaz: [Hendaklah kamu menggunakan] inai…hingga akhir hadith.
Dalam satu lafaz: Sesungguhnya orang yang mewarnakan dengan inai, malaikat langit akan mendoakan keatasnya… hingga akhir hadith.
Tiada satu hadith pun yang sahih berkaitan perkara tersebut.
Dalam satu lafaz: Inai ialah ketua pohon raihan di syurga.
Pada sanadnya, terdapat perawi yang tidak dijadikan hujah, dan al-Tabarani telah meriwayatkannya di dalam kitab al-Awsat, Abu Nu‘aim dalam kitab al-Tibb dan al-Baihaqi dalam kitab al-Syu‘ab.
Dalam satu lafaz: Membelanjakan dirham pada jalan Allah mendapat 700 pahala, manakala membelanjakan dirham untuk inai mendapat 7000 ganjaran, dan ia adalah hadith palsu.
Dan dalam satu lafaz: Berinailah kamu, kerana sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya dan para rasul-Nya, hatta ikan-ikan laut-Nya, dan burung-burung di sarangnya pun mendoakan ke atas sipemakai inai, dan ia hadith palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon