Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: من مات مخضوبا لم يدخل القبر إلا ومنكر ونكير لا يسألانه.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang mati dalam keadaan mewarnakan (rambut), dia tidak akan masuk kubur melainkan malaikat munkar dan nakir tidak akan menyoalnya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 195, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
وهو موضوع. وفي لفظ: الحناء سنة الله وسنة رسوله يسبح الحناء على الرجل والمرأة والصبي وركعتان بالحناء تعدل أربعا وعشرين _ إلخ. وفيه كذابان. وفي لفظ: شوبوا شيبكم بالحناء فإنه أنضر لوجوهكم وأبقى لقوتكم _ إلخ. وفي لفظ: عليكم بالحناء _ إلخ. وفي لفظ: إن المختضب بالحناء لتصلي عليه ملائكة السماء _ إلخ. ولا يصح شيء من ذلك. وفي لفظ: سيد ريحان الجنة الحناء. وفي إسناده: من لا يحتج به وقد رواه الطبراني في الأوسط وأبو نعيم في الطب والبيهقي في الشعب. وفي لفظ: نفقة الدرهم في سبيل الله بسبعمائة ونفقة الدرهم في خضاب: بسبعة آلاف وهو موضوع. وفي لفظ: اختضبوا فإن الله وملائكته ورسله حتى الحيتان في بحارها والطيور في أوكارها يصلون على صاحب الخضاب وهو موضوع.
Hadith ini palsu. Dalam satu lafaz: Inai itu sunnah Allah dan sunnah Rasul-Nya. Inai akan bertasbih kepada lelaki, perempuan dan kanak-kanak kecil. Dan solat dua rakaat dengan berinai menyamai 24…hingga akhir hadith. Dan pada sanadnya terdapat dua orang perawi pembohong. Dalam satu lafaz: [Warnakanlah] uban kamu dengan inai, kerana ia lebih menyerikan untuk wajah-wajah kamu dan lebih kekal lama untuk kekuatan kamu…hingga akhir hadith. Dalam satu lafaz: [Hendaklah kamu menggunakan] inai…hingga akhir hadith. Dalam satu lafaz: Sesungguhnya orang yang mewarnakan dengan inai, malaikat langit akan mendoakan keatasnya... hingga akhir hadith. Tiada satu hadith pun yang sahih berkaitan perkara tersebut. Dalam satu lafaz: Inai ialah ketua pohon raihan di syurga. Pada sanadnya, terdapat perawi yang tidak dijadikan hujah, dan al-Tabarani telah meriwayatkannya di dalam kitab al-Awsat, Abu Nu‘aim dalam kitab al-Tibb dan al-Baihaqi dalam kitab al-Syu‘ab. Dalam satu lafaz: Membelanjakan dirham pada jalan Allah mendapat 700 pahala, manakala membelanjakan dirham untuk inai mendapat 7000 ganjaran, dan ia adalah hadith palsu. Dan dalam satu lafaz: Berinailah kamu, kerana sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya dan para rasul-Nya, hatta ikan-ikan laut-Nya, dan burung-burung di sarangnya pun mendoakan ke atas sipemakai inai, dan ia hadith palsu.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman