Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan seorang anak samada lelaki atau perempuan

TEKS BAHASA ARAB

من ‌مات ‌له ‌ولد، ذكر أو أنثى، سلم أو لم يسلم، رضي أو لم يرض، لم يكن له ثواب إلا الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan seorang anak samada lelaki atau perempuan, dia mendoakan atau tidak, reda ataupun tidak, tidak ada balasan baginya melainkan syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 690 – 691, hadis nombor 3549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‌((من ‌مات ‌له ‌ولد، ذكر أو أنثى، سلم أو لم يسلم، رضي أو لم يرض، لم يكن له ثواب إلا الجنة)). [طس، عد، ((الضعيفة)) (6001)]

(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan seorang anak samada lelaki atau perempuan, dia mendoakan atau tidak, reda ataupun tidak, tidak ada balasan baginya melainkan syurga.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6001]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs