Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من ماتَ لَهُ ولَدٌ ، ذَكَرٌ أو أنثى ، سلَّمَ أو لم يسلِّم ، رضِيَ أو لم يَرضَ ، لم يَكُن لَهُ ثوابٌ إلَّا الجنَّةُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan seorang anak samada lelaki atau perempuan, dia mendoakan atau tidak, reda ataupun tidak, tidak ada balasan baginya melainkan syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 690 - 691, hadis no. 3549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من مات له ولد، ذكر أو أنثى، سلم أو لم يسلم، رضي أو لم يرض، لم يكن له ثواب إلا الجنة)). [طس، عد، ((الضعيفة)) (6001)]
(Munkar) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan seorang anak samada lelaki atau perempuan, dia mendoakan atau tidak, reda ataupun tidak, tidak ada balasan baginya melainkan syurga.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat dan Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6001]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman