Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: من مات في هذا الوجه، من حاج أو معتمر لم يعرض ولم يحاسب، وقيل له: ادخل الجنة
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang mati dalam keadaan ini, iaitu sesiapa yang mengerjakan haji, atau umrah tidak akan dibicarakan dosa (aibnya) juga tidak akan dihisab (di akhirat), dikatakan kepadanya Masuklah syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
- ‘Aisyah RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 110-111, hadis no. 21. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن عائشة مرفوعا. قال الصغاني: موضوع، وفي إسناده: عائذ المكتب، وفيه ضعف. قال في اللآليء: أخرجه أبو يعلى، والعقيلي، وابن عدي، وأبو نعيم في الحلية، والبيهقي في الشعب، من طريق عائذ المذكور. ونقل العقيلي عن ابن معين أنه قال: عائذ بن نسير ليس به بأس . وروى نحوه لابن عدي من حديث جابر بإسناد فيه إسحاق بن بشر الكاهلي قيل: هو كذاب ولكنه رواه الحارث في مسنده من غير طريقه ورواه ابن منده في أخبار أصفهان من حديث ابن عمر وكذا رواه أبو الشيخ من حديثه والبخاري في تاريخه
Al-Khatib meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu (disandarkan kepada Nabi). Al-Saghani berkata: Hadith ini palsu, pada sanadnya terdapat perawi bernama ‘A’iz al-Muktib padanya kedaifan al-‘Uqaili menukilkan daripada Ibn Ma’in beliau berkata: ‘Aiz bin Nusair dihukumkan sebagai laysa bihi ba’sum, Ibn ‘Adi turut meriwayatkan sepertinya daripada hadith Jabir dengan sanad padanya ada terdapat Ishaq bin Bisyr al-Kahili dikatakan beliau seorang perawi pendusta. al-Harith meriwayatkan di dalam Musnadnya melalui jalan lain. Ibn Mandah meriwayatkan di dalam kitabnya Akhbar Asfahan melalui hadith Ibn Umar. Abu al-Syeikh juga turut meriwayatkan daripada hadith Ibn Umar demikian juga al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Tarikhnya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman