Sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

من مات على حب آل محمد؛ مات شهيدا. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات مغفورا له. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات تائبا. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات مؤمنا مستكمل الإيمان. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ بشره ملك الموت بالجنة؛ ثم منكر ونكير. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ يزف إلى الجنة کما تزف العروس إلى بيت زوجها. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ فتح له في قبره بابان إلى الجنة. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ جعل الله قبره مزار ملائكة الرحمة. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات على السنة والجماعة. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ جاء يوم القيامة مكتوب بين عينيه: آيس من رحمة الله. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ مات كافرا. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ لم يشم رائحة الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dia akan mati syahid. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dia mati (dalam keadaan) diampunkan. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan bertaubat. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan beriman dan imannya sempurna. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, malaikat maut akan membawa khabar gembira berupa syurga kepadanya, begitu juga Munkar dan Nakir (membawa pengkhabaran yang sama). Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, akan disegerakan perjalanannya ke syurga sepertimana pengantin disegerakan ke rumah pasangannya. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dibukakan dua pintu syurga dalam kuburnya. Ketahuilah, dan sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, Allah menjadikan kuburnya sebagai tempat ziarah malaikat rahmat. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dia mati di atas sunah dan jamaah. Tetapi, ketahuilah bahawa sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia membenci keluarga Muhammad, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tertulis di antara kedua-dua matanya: Aku berputus asa dari rahmat Allah. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia membenci keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan kafir. Ketahuilah, dan sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia membenci keluarga Muhammad, dia tidak akan mencium bau syurga.

STATUS

Batil, Palsu,

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1876, hadis nombor 9458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل موضوع) عن جرير -رضي الله عنه-، قال: ((من مات على حب آل محمد؛ مات شهيدا. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات مغفورا له. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات تائبا. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات مؤمنا مستكمل الإيمان. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ بشره ملك الموت بالجنة؛ ثم منكر ونكير. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ يزف إلى الجنة کما تزف العروس إلى بيت زوجها. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ فتح له في قبره بابان إلى الجنة. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ جعل الله قبره مزار ملائكة الرحمة. ألا ومن مات على حب آل محمد؛ مات على السنة والجماعة. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ جاء يوم القيامة مكتوب بين عينيه: آيس من رحمة الله. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ مات كافرا. ألا ومن مات على بغض آل محمد؛ لم يشم رائحة الجنة)). [أورده الزمخشري في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (4920)]

(Batil lagi palsu) Daripada Jarir RA, dia berkata: “Sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dia akan mati syahid. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dia mati (dalam keadaan) diampunkan. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan bertaubat. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan beriman dan imannya sempurna. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, malaikat maut akan membawa khabar gembira berupa syurga kepadanya, begitu juga Munkar dan Nakir (membawa pengkhabaran yang sama). Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, akan disegerakan perjalanannya ke syurga sepertimana pengantin disegerakan ke rumah pasangannya. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dibukakan dua pintu syurga dalam kuburnya. Ketahuilah, dan sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, Allah menjadikan kuburnya sebagai tempat ziarah malaikat rahmat. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia mencintai keluarga Muhammad, dia mati di atas sunah dan al-jamaah. Tetapi, ketahuilah bahawa sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia membenci keluarga Muhammad, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tertulis di antara kedua-dua matanya: Aku berputus asa dari rahmat Allah. Ketahuilah, sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia membenci keluarga Muhammad, dia mati dalam keadaan kafir. Ketahuilah, dan sesiapa yang mati (dalam keadaan) dia membenci keluarga Muhammad, dia tidak akan mencium bau syurga." [Riwayat al-Zamakhsyari dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4920]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.