Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ أصبحَ وهوَ لا يَهِمُّ بظُلمِ أحدٍ غُفرَ له مَا اجْتَرَمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang masuk waktu pagi tanpa menginginkan untuk menzalimi sesiapa, Allah mengampunkan baginya apa yang dia tersalah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1987, hadis no. 9947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أصبح لا يهم بظلم أحد غفر له ما اجترم)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1876)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang masuk waktu pagi tanpa menginginkan untuk menzalimi sesiapa, Allah mengampunkan baginya apa yang dia tersalah. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1876]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman