Sesiapa yang masuk waktu pagi tanpa berniat menzalimi sesiapa pun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أصبح لا ينوي ظلم أحد غفر الله له ما جنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang masuk waktu pagi tanpa berniat menzalimi sesiapa pun, Allah mengampunkan baginya apa sahaja yang dia lakukan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1986, hadis nombor 9946. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من أصبح لا ينوي ظلم أحد غفر الله له ما جنى)).
[الكتاني في ((جزء من حديثه))، ابن الأعرابي، ((الضعيفة)) (1875)]

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Mālik RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang masuk waktu pagi tanpa berniat menzalimi sesiapa pun, Allah mengampunkan baginya apa sahaja yang dia lakukan.
[Riwayat Abū Ḥafṣ al-Kattānī dalam Juz’ min Ḥadīthih, Ibn al-A‘rābī dalam al-Mu‘jam. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1875]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.