Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أصبح وهَمُّهُ التقوى ثم أصاب فيما بين ذلك ذنبًا؛ غفر اللهُ له.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang masuk waktu pagi, dan matlamatnya ialah ketakwaan, kemudian dia tertimpa satu dosa pada masa itu; pasti Allah mengampunkan baginya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1986, hadis no. 9945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من أصبح وهمه التقوى ثم أصاب فيما بين ذلك ذنبا؛ غفر الله له)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1874)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang masuk waktu pagi, dan matlamatnya ialah ketakwaan, kemudian dia tertimpa satu dosa pada masa itu; pasti Allah mengampunkan baginya. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1874]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman