Sesiapa yang masuk ke bulan Ramadhan ketika dia berada di Makkah

TEKS BAHASA ARAB

من أدرك رمضان بمكة فصام وقام منه ما تيسر له، كتب الله له مائة ألف شهر رمضان فيما سواها، وكتب الله له بكل يوم عتق رقبة، وكل ليلة عتق رقبة، وكل يوم حملان فرس في سبيل الله، وفي كل يوم حسنة، وفي كل ليلة حسنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang masuk ke bulan Ramadhan ketika dia berada di Makkah, lalu dia berpuasa dan bangun malam qiyam mendirikan apa yang termampu baginya, Allah SWT akan mengganjarinya dengan pahala 100 ribu bulan Ramadhan di tempat selain Makkah, dan Allah mencatatkan baginya bagi setiap siangnya, pahala membebaskan seorang hamba, dan bagi setiap malamnya, pahala membebaskan seorang hamba lagi, ditambah pula pahala setiap hari bersamaan dengan pahala menyediakan kuda bagi tujuan berjuang dijalan Allah, serta dicatatkan baginya satu kebaikan pada setiap siang, dan satu kebaikan pada setiap malam.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis nombor 5700. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «من أدرك رمضان بمكة فصام وقام منه ما تيسر له، كتب الله له مائة ألف شهر رمضان فيما سواها، وكتب الله له بكل يوم عتق رقبة، وكل ليلة عتق رقبة، وكل يوم حملان فرس في سبيل الله، وفي كل يوم حسنة، وفي كل ليلة حسنة».
[ه، «الضعيفة» (832)].

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’: "Sesiapa yang masuk ke bulan Ramadhan ketika dia berada di Makkah, lalu dia berpuasa dan bangun malam qiyam mendirikan apa yang termampu baginya, Allah SWT akan mengganjarinya dengan pahala 100 ribu bulan Ramadhan di tempat selain Makkah, dan Allah mencatatkan baginya bagi setiap siangnya, pahala membebaskan seorang hamba, dan bagi setiap malamnya, pahala membebaskan seorang hamba lagi, ditambah pula pahala setiap hari bersamaan dengan pahala menyediakan kuda bagi tujuan berjuang dijalan Allah, serta dicatatkan baginya satu kebaikan pada setiap siang, dan satu kebaikan pada setiap malam."
[Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 832]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs