Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أدرَكَ رمضانَ بمَكَّةَ، فصامَ وقامَ منْهُ ما تيسَّرَ لَهُ، كتبَ اللَّهُ لَهُ مائةَ ألفِ شَهرِ رمضانَ فيما سواها، وَكتبَ اللَّهُ لَهُ بِكلِّ يومٍ عتقَ رقبةٍ، وَكلِّ ليلةٍ عتقَ رقبةٍ، وَكلِّ يومٍ حِملانِ فرس في سبيلِ اللَّهِ، وفي كلِّ يومٍ حسنةً، وفي كلِّ ليلةٍ حسنةً.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang masuk ke bulan Ramadhan ketika dia berada di Makkah, lalu dia berpuasa dan bangun malam qiyam mendirikan apa yang termampu baginya, Allah SWT akan mengganjarinya dengan pahala 100 ribu bulan Ramadhan di tempat selain Makkah, dan Allah mencatatkan baginya bagi setiap siangnya, pahala membebaskan seorang hamba, dan bagi setiap malamnya, pahala membebaskan seorang hamba lagi, ditambah pula pahala setiap hari bersamaan dengan pahala menyediakan kuda bagi tujuan berjuang dijalan Allah, serta dicatatkan baginya satu kebaikan pada setiap siang, dan satu kebaikan pada setiap malam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis no. 5700. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: «من أدرك رمضان بمكة فصام وقام منه ما تيسر له، كتب الله له مائة ألف شهر رمضان فيما سواها، وكتب الله له بكل يوم عتق رقبة، وكل ليلة عتق رقبة، وكل يوم حملان فرس في سبيل الله، وفي كل يوم حسنة، وفي كل ليلة حسنة». [ه، «الضعيفة» (832)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’: "Sesiapa yang masuk ke bulan Ramadhan ketika dia berada di Makkah, lalu dia berpuasa dan bangun malam qiyam mendirikan apa yang termampu baginya, Allah SWT akan mengganjarinya dengan pahala 100 ribu bulan Ramadhan di tempat selain Makkah, dan Allah mencatatkan baginya bagi setiap siangnya, pahala membebaskan seorang hamba, dan bagi setiap malamnya, pahala membebaskan seorang hamba lagi, ditambah pula pahala setiap hari bersamaan dengan pahala menyediakan kuda bagi tujuan berjuang dijalan Allah, serta dicatatkan baginya satu kebaikan pada setiap siang, dan satu kebaikan pada setiap malam." [Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 832]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman