TEKS BAHASA ARAB
حديث: من أسلم على يديه رجل وجبت له الجنة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang masuk Islam di tangannya seorang lelaki maka wajiblah syurga baginya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 455, hadis nombor 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الطبراني، عن عقبة بن عامر الجهني مرفوعا، وقال ابن معين: ليس هذا الحديث بشيء، ومحمد بن معاوية النيسابوري حدث بما ليس له أصل، وهذا منه. وقال أحمد: ليس بثقة، أحاديثه موضوعة، وقال الخطيب: يقال: لا أصل لهذا الحديث: وقد تابعه سعيد بن كثير بن عفير، وهو من رجال الصحيحين، أخرج ذلك القضاعي في مسند الشهاب.
Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Uqbah bin Amir al-Juhani secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Main berkata: Hadith ini tiada apa-apa. Muhammad bin Muawiyah al-Naisaburi telah meriwayatkan sesuatu yang tidak ada asalnya dan ini adalah sebahagian daripadanya. Ahmad berkata: Dia tidak thiqah, hadith-hadithnya adalah palsu. Al-Khatib berkata: Dikatakan hadith ini tiada asalnya. Hadith ini ada jalur lain yang menyokongnya iaitu daripada Said bin Kathir bin Afir, seorang perawi al-Sahihain, dikeluarkan oleh al-Qudhai dalam Musnad al-Syihab.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.