Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيْثٌ: مَنْ أَسْلَمَ عَلَى يَدَيْهِ رَجُلٌ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang masuk Islam di tangannya seorang lelaki maka wajiblah syurga baginya.
Sahabat Perawi
- Uqbah bin Amir al-Juhani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 455, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الطبراني، عن عقبة بن عامر الجهني مرفوعا، وقال ابن معين: ليس هذا الحديث بشيء، ومحمد بن معاوية النيسابوري حدث بما ليس له أصل، وهذا منه. وقال أحمد: ليس بثقة، أحاديثه موضوعة، وقال الخطيب: يقال: لا أصل لهذا الحديث: وقد تابعه سعيد بن كثير بن عفير، وهو من رجال الصحيحين، أخرج ذلك القضاعي في مسند الشهاب.
Diriwayatkan oleh al-Tabarani daripada Uqbah bin Amir al-Juhani secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Main berkata: Hadith ini tiada apa-apa. Muhammad bin Muawiyah al-Naisaburi telah meriwayatkan sesuatu yang tidak ada asalnya dan ini adalah sebahagian daripadanya. Ahmad berkata: Dia tidak thiqah, hadith-hadithnya adalah palsu. Al-Khatib berkata: Dikatakan hadith ini tiada asalnya. Hadith ini ada jalur lain yang menyokongnya iaitu daripada Said bin Kathir bin Afir, seorang perawi al-Sahihain, dikeluarkan oleh al-Qudhai dalam Musnad al-Syihab.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman