Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, diampunkan baginya dosa-dosa dan kesalahan-kesalahannya

TEKS BAHASA ARAB

من اغتسل يوم الجمعة غفرت له ذنوبه وخطاياه، وإذا أخذ في المشي إلى الجمعة؛ كان له بكل خطوة عمل عشرين سنة، فإذا فرغ من صلاة الجمعة؛ أجيز بعمل مئتي سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, diampunkan baginya dosa-dosa dan kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia memilih untuk berjalan kaki dalam (menunaikan) solat Jumaat, baginya setiap langkah mendapat pahala melakukan amalan selama 20 tahun. Maka apabila dia selesai daripada solat Jumaat, dia diberikan ganjaran seperti pahala melakukan amalan selama 200 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1213, hadis nombor 6179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه مرفوعا: من اغتسل يوم الجمعة غفرت له ذنوبه وخطاياه، وإذا أخذ في المشي إلى الجمعة؛ كان له بكل خطوة عمل عشرين سنة، فإذا فرغ من صلاة الجمعة؛ أجيز بعمل مئتي سنة.
[طس، ((الضعيفة)) (5183)]

(Palsu)
Daripada Abi Bakr al-Siddiq RA secara marfu’: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, diampunkan baginya dosa-dosa dan kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia memilih untuk berjalan kaki dalam (menunaikan) solat Jumaat, baginya setiap langkah mendapat pahala melakukan amalan selama 20 tahun. Maka apabila dia selesai daripada solat Jumaat, dia diberikan ganjaran seperti pahala melakukan amalan selama 200 tahun.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5183]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.