Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من اغتسل يومَ الجُمُعةِ غُفِرَتْ ذنوبُه وخَطَايَاهُ، وإذا أَخَذَ في المَشْيِ إلى الجُمُعةِ؛ كان له بكلِّ خُطْوةٍ عملُ عِشرينَ سنةً، فإذا فَرَغَ من صلاةِ الجُمُعةِ: أُجِيزَ بعملِ مِئَتَيْ سنةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, diampunkan baginya dosa-dosa dan kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia memilih untuk berjalan kaki dalam (menunaikan) solat Jumaat, baginya setiap langkah mendapat pahala melakukan amalan selama 20 tahun. Maka apabila dia selesai daripada solat Jumaat, dia diberikan ganjaran seperti pahala melakukan amalan selama 200 tahun.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr al-Siddiq RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1213, hadis no. 6179. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada Abi Bakr al-Siddiq RA secara marfu': Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, diampunkan baginya dosa-dosa dan kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia memilih untuk berjalan kaki dalam (menunaikan) solat Jumaat, baginya setiap langkah mendapat pahala melakukan amalan selama 20 tahun. Maka apabila dia selesai daripada solat Jumaat, dia diberikan ganjaran seperti pahala melakukan amalan selama 200 tahun. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5183]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman