Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: من اغْتسل من الْجَنَابَة حَلَالا أعطَاهُ الله تَعَالَى قصرا من درة بَيْضَاء، وَكتب لَهُ بِكُل قَطْرَة ثَوَاب ألف شَهِيد.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Sesiapa yang mandi janabah kerana persetubuhan halal, Allah SWT akan mengurniakan kepadanya istana yang diperbuat daripada permata putih dan Dia menulis untuknya bagi setiap titisan air pahala sebanyak seribu syahid.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 175, hadis no. 533. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Batil, Ali Qari berkata: Ia direka oleh Dinar.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman