TEKS BAHASA ARAB
حديث: "من اغتسل من الجنابة حلالا أعطاه الله مائة قصر من درة بيضاء وكتب له بكل قطرة ثواب ألف شهيد".
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: “Sesiapa yang mandi janabah dari persetubuhan halal, Allah SWT akan menganugerahkannya seratus istana diperbuat daripada permata putih dan menulis baginya bagi setiap titisan (mandi junub itu) pahala seribu orang mati syahid”.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 9, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن الجوزي عن أنس مرفوعا وقال: وضعه دينار.
Ibn al-Jauzi meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (yang di sandarkan kepada nabi), Ibn al-Jauzi berkata: Hadith ini direka oleh Dinar.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.