Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mandi janabah dari persetubuhan halal

Teks Bahasa Arab

حديث: "من اغتسل من الجنابة حلالا أعطاه الله مائة قصر من درة بيضاء وكتب له بكل قطرة ثواب ألف شهيد".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Sesiapa yang mandi janabah dari persetubuhan halal, Allah SWT akan menganugerahkannya seratus istana diperbuat daripada permata putih dan menulis baginya bagi setiap titisan (mandi junub itu) pahala seribu orang mati syahid”.

Sahabat Perawi

  1. Anas

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 9, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن الجوزي عن أنس مرفوعا وقال: وضعه دينار.

Ibn al-Jauzi meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (yang di sandarkan kepada nabi), Ibn al-Jauzi berkata: Hadith ini direka oleh Dinar.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.