TEKS BAHASA ARAB
من أكل الطين فكأنما أعان على قتل نفسه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang makan tanah, maka seolah-olah dia menolong untuk membunuh dirinya sendiri.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 73, hadis nombor 415. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Dalam sanadnya terdapat Sahl bin ‘Abdullah dan ‘Abdul Malik bin Mihran, kedua-duanya perawi yang majhul (tidak dikenali), lalu salah seorang mereka telah memalsukan hadith tersebut. Ibn al-Jawzi berkata: Ia palsu. Telah mendahului Ibn al-Jawzi dalam penilaian tersebut adalah Ibn Abi Hatim dalam al-‘Ilal.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.