Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang makan tanah

Teks Bahasa Arab

مَنْ أَكَلَ الطِّينَ فَكَأَنَّمَا أَعَانَ عَلَى قَتْلِ نَفْسِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang makan tanah, maka seolah-olah dia menolong untuk membunuh dirinya sendiri.

Sahabat Perawi

  1. Salman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 73, hadis no. 415. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Dalam sanadnya terdapat Sahl bin 'Abdullah dan 'Abdul Malik bin Mihran, kedua-duanya perawi yang majhul (tidak dikenali), lalu salah seorang mereka telah memalsukan hadith tersebut. Ibn al-Jawzi berkata: Ia palsu. Telah mendahului Ibn al-Jawzi dalam penilaian tersebut adalah Ibn Abi Hatim dalam al-'Ilal.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.