Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أَكَلَ وَتَحَتَّمَ؛ دَخَلَ الجَنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang makan (sisa roti) yang terjatuh, akan masuk syurga.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 228, hadis no. 1211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من أكل وتحتم؛ دخل الجنة)). [فر - دون اسناد -، ((الضعيفة)) (5723)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang makan (sisa roti) yang terjatuh, akan masuk syurga. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws - tanpa sanad -. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5723]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman