Sesiapa yang makan sesuatu yang baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من أكل طيبا وعمل في سنة وأمن الناس بوائقه، دخل الجنة. فقال رجل: يا رسول الله! إن هذا اليوم في الناس لكثير؟ قال: وسيكون في قرون بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang makan sesuatu yang baik, melakukan amalan sunah serta manusia selamat dari keburukan perlakuannya, dia akan masuk syurga. Seseorang bertanya: “Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya hari ini perkara seperti ini banyak terdapat pada manusia?” Baginda menjawab: “Ia akan berlaku juga dalam kurun-kurun selepasku.”

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 640, hadis nombor 3317. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي سعيد -رضي ا الله عنه-، قال: قال ﷺﷺ: «من أكل طيبا، وعمل في سنة، وأمن الناس بوائقه؛ دخل الجنة. فقال رجل: يا رسول الله! إن هذا اليوم في الناس لكثير؟ قال: وسيكون في قرون بعدي». [هناد، ت، ك، طس، اللالكائي، المزي، «الضعيفة» (6855)]

(Munkar) Daripada Abu Said RA berkata: Baginda SAW: “Sesiapa yang makan sesuatu yang baik, melakukan amalan sunah serta manusia selamat dari keburukan perlakuannya, dia akan masuk syurga. Seseorang bertanya: “Wahai Rasulullah SAW! Sesungguhnya hari ini perkara seperti ini banyak terdapat pada manusia?” Baginda menjawab: “Ia akan berlaku juga dalam kurun-kurun selepasku.” [Riwayat Hannad dalam al-Zuhd, al-Tirmizi, al-Hakim, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Lalaka’i dalam Syarh Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah dan al-Mizzi dalam Tahzib al-Kamal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6854]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.